Sunday, 25 March 2012

al amru bi makosiduha..

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Tuesday, 20 March 2012

SaLaHkaH PeRiGi MenCaRI TimBa..

Secara asasnya,perbezaan lelaki dan wanita tidak terlalu besar. Lelaki menghendaki wanita, begitu juga sebaliknya. justeru,ada wanita yang berkenan dengan lelaki soleh, namun mereka malu menyatakan keinginan yang terpendam sedangkan luahan tersebut tidak diharamkan. Bahkan ia dibenarkan dan tidak dipandang cela.

Di zaman Rasulullah SAW juga pernah berlaku wanita yang meluahkan keinginannya kepada lelaki dan ia berlaku kepada Rasulullah SAW sendiri.

Thabit Al-Bunani pernah bercerita:

   كنت عند أنس وعنده ابنة له قال انس جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله علبه وسلم تعرض عليه نفسها قالت يا رسول الله ألك بي 
 
. حاجة فقالت بنت أنس ما أقل حياءها واسوأتاه واسوأتاه قال هي خير منك رغبت في النبي صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها 

"Aku pernah berada disisi Anas dan anak perempuannya .Lalu Anas berkata ," Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda. Dia berkata,"Wahai Rasulullah SAW, adakah engkau mempunyai hajat (berkahwin) denaganku? " Lantas anak perempuan Anas berkata,"Alangkah sedikit malu padanya, amat memalukan, amat memalukan. " Anas menjawab, '' Dia itu lebih baik daipada kamu. Dia berkehendakkan Nabi lantas dia menawarkan dirinya sendiri (untuk bernikah) kepada baginda."


{Diriwayatkan oleh Al-Bukhari}

Para ulama telah menyatakan keharusan wanita menawarkan diri kepada lelaki soleh yang dikenali dengan kemuliaannya, ilmunya dan keteguhannya pada agama.

kasih sayang ibubapa dan pengorbanan mereka..


  ......بسم الله الرحمن الرحيم



"DOA UNTUK KEDUA IBUBAPA"
‘Ya Allah, sayangilah ibu ayah kami sebagaimana mereka berdua menyayangi dan mendidik kami sewaktu kami kecil’.


Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.

Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.

رضى الله في رضى الوالدين ، وسخط الله في سخط الوالدين

Terjemahan: Redha Allah adalah pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah adalah pada murka ibu bapa.


Lihatlah wajah mereka, curahkanlah segala kasih sayang buat ibu dan bapa. Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita. Ketika Abu Musa dan Abu Amir sampai ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanyakan keadaan isteri mereka ketika ditinggalkan. Mereka menjawab "Isteri saya tinggal bersama orang tuanya dan berbakti kepadanya" Rasulullah s.a.w berkata "Dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah s.w.t" Mereka bertanya kepada Rasulullah "Kenapa ya Rasulullah?." Baginda menjawab "Kerana dia berbakti kepada orang tuanya".

Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada. Selagi mereka masih disisi kita, itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga mereka sebaik mungkin. Tanpa ibu dan bapa siapalah kita. Ucapkanlah kata sayang, tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka. Moga redha Allah bersama dengan kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita. insyaAllah.

cinta...

cinta...
cinta Allah tiada tandinginya..